Followers

Powered by Blogger.
Sunday, May 8, 2011

postheadericon SEJARAH RINGKAS SEKOLAH DAN PERKEMBANGANNYA HINGGA SEKARANG ( 1949 – 2011 )

S
ebelum 2 April 1949, murid-murid di sekitar Kampung Air Panas, dan Tanjung Rambai terpaksa berulang alik ke Sekolah Melayu Gerik yang jauhnya lebih kurang tujuh kilometer perjalanan. Dengan keadaan yang demikian, ibubapa dan penduduk setempat di ketuai oleh seorang Ketua Kampung Air Panas, iaitu Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji salleh telah memohon supaya dibenarkan untuk mendirikan sebuah Sekolah Cawangan di Kampung Air Panas, Gerik dan apabila diluluskan, mereka bersama-sama bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan sementara di kawasan Masjid Air Panas sekarang ini. Setelah siap bangunan tersebut, pada 3 April 1949 bermulalah persekolahan di Kampung Air Panas dengan mempunyai seramai 37 orang murid. Sekolah ini ditadbirkan sebagai Sekolah Melayu Cawangan Gerik, iaitu di bawah pentadbiran Cikgu Abdul Rahman, Guru Besar Sekolah Melayu Gerik pada masa itu. Guru-guru yang ditugaskan mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Husain bin Zainal Abidin (Bersara) dan Cikgu Asiah binti M. Isa (Bersara).

S
etelah berjalan hampir dua tahun, pada 28 Januari 1951, sekolah ini telah ditadbirkan secara berasingan, Guru Besar yang pertama ditugaskan untuk mentadbirkan sekolah ini ialah Cikgu Mohd. Hashim bin Yaakub (Bersara) pada September 1977. apabila ditadbirkan secara bersendirian, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Air Panas, Gerik. Apabila negara mencapai kemerdekaan, dasar pelajaran juga turut berubah dari masa ke semasa. Nama sekolah ini juga turut berubah menjadi Sekolah Kebangsaan Air Panas mengikut perubahan dasar pelajaran kebangsaan.
S
Etelah berjalan lebih kurang empat tahun, kerajaan telah membeli sebidang tanah seluas 5 ekar 36 pole. Di atas tanah inilah telah didirikan sebuah bangunan sementara berukuran 40 x 20 kaki dengan perkakas pembinaannya dibeli oleh RIDA aytau sekarang ini dikenali sebagai MARA dan kerja-kerja pembinaannya dibuat oleh orang-orang kampung secara bergotong-royong. Apabila sahaja kawasan ini membangun, pertumbuhan penduduk meningkat menyebabkan murid-murid sekolah ini juga bertambah dengan itu, sebuah lagi bangunan didirikan pada 5 Januari 1955, berukuran 40 kaki x 20 kaki. Pembinaannya juga dibuat secara bergotong-royong. Pada 6 Januari 1969, barulah sekolah ini menerima sebuah bangunan separuh kekal yang mempunyai dua bilik darjah. Walau bagaimanapun keadaan bilik darjah yang tidak selesa masih juga berlaku.
H
ari yang paling bersejarah bagi Sekolah ini ialah pada 26 Ogos 1975 kerana pada hari inilah ibu kandungnya, Sekolah Rendah Sri Adika Raja, Gerik telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato’ Sri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad selaku Menteri Pelajaran pada masa itu. Beliau telah mengambil kesempatan melawat sekolah-sekolah berhampiran dengan pekan Gerik. Sekolah Kebangsaan Air Panas juga termasuk dalam agenda lawatan beliau. Dengan lawatan itu, memperkuatkan lagi permohonan untuk mendapatkan sebuah lagi bangunan tambahan. Apabila beliau melihat sendiri keadaan bangunan yang ada, lalu beliau memperkenankan untuk meluluskan pembinaan bangunan baru dua tingkat. Bangunan ini mempunayi empat bilik darjah, dua bilik serbaguna, bilik Guru Besar dan lain-lain kemydahan. Pembinaannya dari peruntukan Projek Pinjaman Bank Dunia.
Kawasan persekitaran Kampung Air Panas telah berubah dengan adanya Sekolah Menengah Sultan Idris Syah II Gerik dan Rancangan Belia Khas dan sekarang ini ditempatkan pula sebuah Pemancar Radio. Kampung Air Panas makin bertambah membangun dan dengan pertambahan ini, murid juga bertambah ramai dan telah meningkat seramai 250 orang murid dan besar kemungkinan pertambahan ini akan terus meningkat dalam masa tiga tahun akan datang. Dengan yang demikian, bangunan yang ada pada hari itu, tidak akan dapat menampung murid pada masa itu.

0 comments: